Selasa, 27 September 2011

DERHAKA PADA SEORG BERNAMA ''SUAMI''

Aku nk jd isteri solehah..aku pasti u all pn sama kn..
jom kita share perkara senang yg boleh kita buat tp ganjaran yg Allah bg sgt besar..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
(Hadis Riwayat At-Turmizi)


“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”
(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Tiada ulasan: