Sabtu, 21 Januari 2012

.: BERSYUKUR DENGAN KETENTUANNYA :.

Assalamualaikum sahabat2..

Alhamdulillah..bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana sehingga hari ini Allah memberi saya nikmat kehidupan ini bersama iman yang ada di dada bagi menyusurinya mengikut ajaran al-Quran dan as-sunnah.. 

Tersentak hati saya hari ini semasa membaca takleem sebelum maghrib tadi...Hadis tentang 'Ikramul Muslimin' betul2 menarik jiwa raga saga supaya baca lagi dan lagi..(sehingga kan adik saya memberi signal 'kakak, tukar tajuk lain pulak"..


Di antara hadis Rasulullah yang menarik hati saya..

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” 
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kesusahan, kepayahan, kesakitan, dan juga kesedihan akan menjadi suatu medan penghapus kepada dosa-dosa yang ada padanya. Apa yang tersebut adalah menunjukkan betapa sifat Maha Kasih-sayang Allah subhanahu wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam, “Beritahulah kepadaku tentang penyakit-penyakit yang menimpa kami ini, apa yang kami perolehi darinya?” Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Pengampunan dosa-dosa”. Ubay bin Ka’ab berkata, “Sekalipun penyakit itu sedikit?” Beliau bersabda lagi, “Sekalipun sebuah duri dan yang lebih kecil lagi...”.” 
(Hadis Riwayat Ahmad, 3/23) 

Hr Bukhari. bab Sakit sebagai Kifarat Dosa, Hadis no 5641


Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seseorang yang akan diberi kedudukan di sisi Allah swt, sedangkan ia tidak dapat mencapai kedudukan itu dengan 'amal'nya, maka Allah terus menerus mengujinya dengan (kesusahan dan kesulitan) yang tidak disukainya sehingga ia dapat mencapai kedudukan tinggi tersebut"
(Hr.Abu Ya'la.Dalam riwayat lain juga dari Abu Ya'la disebutkan:...diberi kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Para perawinya tsiqat- Majma'uz Zawaid III/13) 

Berkali2 saya mengulangi hadis ini..YaAllah, sesungguhnya aku telah berdosa kepada Mu..

Saya masih ingat lagi soalan2 giler saya kepada suami tentang soal zuriat, soal kehidupan, soal kerja dan lain2 lah..kadang2 hilang akal gak saya ni..bila saya sedih sangat2 mengenangkan saya masih belum dikurniakan zuriat lagi setelah 3 tahun berkahwin..macam2 soalan yang saya persoalkan..sedangkan suami saya bersabar je menjawab semua soalan cepu cemas saya ni (moga Allah bagi ganjaran pahala melayan kerenah isteri dia sorg ni)..

Bacaan hadith tadi memang betul2 telah mengajar saya, telah didik hati saya, saya betul2 tenang (sehingga saya sendiri tak sabar2 nak berkongsi hadith ini dengan sahabat2 semua)....Alhamdulillah..YaAllah..Allah sentiasa tak bagi peluang saya terus menerus buruk sangka dengan Allah..Allah terus menerus tarbiah hati saya setiap perkara yang berlaku ini datang dari Allah..bukan maksud Allah mahu menyusahkan saya malah Allah mahu ampunkan dosa2 saya pula..terpulang pada saya untuk bersyukur @ masih mempersoalkan ketentuan Allah ini..dan semestinya bersyukur adalah menjadi keutamaan saya..la haula wala kuwwata illa billah..tiada lah ada aku daya kekuatan melainkanMu YaAllah..


inilah jalan terbaik bagi kita dalam setiap masalah

Pesanan suami yg belum pernah aku lupakan sehingga kini:
 "Selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
selesaikan masalah dengan 'amal'.. 
insyaAllah..saya akan jadikan 'amal' sebagai jalan penyelesaian dalam semua masalah saya.. 

Rabu, 18 Januari 2012

.: ALLAH TARBIAH LAGI :.


subhanallah begitu besar nikmat kehidupan yang Allah beri kita setiap hari hinggalah hari ini..saya sahaja yang belum cukup bersyukur ke hadrat Allah swt atas segala2nya..ighfirli zunubi..Alhamdulillah YaAllah..biar sedikit rezeki kami asalkan ia berkat untuk kami berdua..jangan lebih sehingga kami membazir di atas nikmatMu..

TARBIAH

Tarbiah datang dari Allah swt dengan pelbagai cara..tarbiah datang bukan sebab Allah nak menyusahkan kita tapi sebenarnya Allah nak kita sebagai hambanya sentiasa mengingatiNya setiap masa dan keadaan..bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan kepada kita..



Hari ini saya nak cerita satu kejadian yang saya rasa ini ialah tarbiah dari Allah untuk kami berdua yang mana Allah telah beri peluang buat usaha agama..semoga saya sendiri dan suami mengambil iktibar atas kejadian ini..

Petang ini saya menunggu suami dengan sabar..sebelum ke sekolah tadi suami pesan nak terus buat 2jam setengah lepas sekolah..ternyata memang lambat tidak seperti hari biasa..selesai makan lunch, suami kata nak rehat sebentar sementara nak tunggu solat asar..kami pun berehat..

tiba2 hujan turun dengan lebatnya..masyaAllah..dah la kenyang makan tadi, hujan pulak, mata pun dah nak jadi mata garfield ni..kuyu je..saya menoleh suami, laa,dah terlelap rupanya..mesti penat sangat..




hehehe..pilihlah kita yang mana satu?
Saya pun buat2 membaca buku di sebelah (dengan harapan boleh la kejut suami bangun solat nanti)..sedar2 dah mimpi..hmm..dok syok layan mimpi..(mana tak syok, mimpi masa sekolah menengah dulu2)..tiba2 dengar motor sampai depan rumah..saya dan suami pun bangun terkejut..yaAllah, pukul berapa ni..masyaAllah, 5.30pm dh ni..abg, bangun cepat, abg dah terlepas solat jemaah ni..eh,jap jap..sape yang tin(hon) kita tadi? kami pun mengintai dari tingkap..Allahuakbar, Hj. Nazir (karkun lama marhalah jiran kami) la bang..mesti dia nak ajak khususi ni..saya pun terus ke depan bagitau Hj, Nazir suami saya dalam bilik air..

MALU BIAR BERTEMPAT

Sesudah suami mandi saya nampak air muka suami saya berubah..mesti dia resah sangat sebab tak dapat solat berjemaah, apatah lagi lambat solatnya hari ini, di tambah lagi malu dengan Hj.Nazir..

Saya pun cepat2 menyenangkan hatinya..


"takpe lah abg, ini Allah nak tarbiah kita..memang salah kita pun..betulkan niat,   buat apa nak malu dengan manusia..malu dengan Allah tu, kita terlewat solat"

suamiku tersenyum kelat..kesian saya tengok dia..dia pun keluar terus ke masjid..

pulang dari masjid suamiku mula bercerita..Allah nak tarbiah dia lagi tadi..sampai sahaja di masjid, dia terus solat asar..hatinya resah sebab malu takut orang ternampak dia solat lambat katanya..lepas solat, dia habiskan zikir petang..Hj.Nazir yang di tunggu2 tak pun muncul2..pelik juga sebab td Hj.Nazir gerak dulu ke masjid..

lepas tu Hj.Nazir tegur suami saya dr belakang..

"maaf ustaz, saya pergi kedai tadi"..
 masyaAllah..nak tercabut jantung suami saya..katanya:

"ish,abg malu dengan Allah..Allah nak jaga hati abang sebenarnya tadi sebab tu Allah jalankan Hj.Nazir ke kedai..sepatutnya abg malu dengan Allah, bukan malu dengan manusia bila dah buat salah..astaghfirullah hal 'azim..alhamdulillah Allah ajar kita hari ni"

Kejadian yang sama pernah berlaku tahun lepas apabila kami tertidur sehingga melepasi waktu Asar..masa tu di kejut oleh Cikgu Suhaimi (tuan rumah takleem masturat)..beliau bagi salam entah berapa kali, boleh kami tak sedar..hehehe..mujurlah kami dah menganggap Cikgu Mie macam parent sendiri..malu tu malu juga..tapi kalau bukan asbab Allah hantar Cikgu Mie ke rumah, entah pukul berapa lah kami bangun solat Asar time tu kan kan???



Rasulullah SAW bersabda:


“Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” Para sahabat menjawab: “Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah.” Baginda berbicara lagi:

“Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”

sumber:iluv islam


Isnin, 9 Januari 2012

.: SANAH HILWAH YA ZAUJI :.

moga kita bertiga tahun ni..

SANAH HILWAH BAINANA


Alhamdulillah..hari ni, 16 REJAB kami menyambut HARI LAHIR kami mengikut bulan Islam..inilah dikatakan Pengetahuan Allah kita sendiri manusia tidak tahu..Sebelum kahwen tak tahu pun tarikh lahir kami sama..bila dh tahu mcm ni seronok pulak rasanya..tak payah nak celebrate ikut kalendar biasa dah..




Memulakan hari dengan tahajjud bersama, memohon semoga hubungan kita mendapat redha Allah swt, memohon semoga kehidupan kita menjadi seperti kehidupan Nabi,berdiri atas sunnahnya..memohon semoga Allah pilih kita lagi dan lagi di dalam usaha agama ini..




yang paling penting, semoga Allah beri kita zuriat yg soleh lg solehah, hafiz dan hafizah, 'alim dan 'alimah, daie insyaAllah..yg menjadi penyejuk hati kita nanti, yg menjadi contoh kepada ummat seluruh alam..yg terbaik yg dapat doa kan kita semasa kita di alam kubur nanti..


insyaallah, fi mustaqbal..


ada lagi tak nak minta??


apa2 yang terbaik untuk kita..semuanya datang dari Allah..kita merancang tapi perancangan Allah is the best in the world..





Rabu, 4 Januari 2012

.: PERLUKAH WANITA BEKERJA??:.


Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. 
  • Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )
  • Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده
Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

  • Sabda Nabi saw : “ Mencari rezeki yang halal adalah fardhu selepas daripada fardhu” (Miskat Musabbih)


“Fridhatun ba’dal faridhah…” “Fardhu selepas daripada fardhu” telah dihuraikan oleh ulama hadis bahawa berusaha mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama menyempurnakan fardhu yang “maktubah”. Contoh fardhu yang “maktubah” seperti solat fardhu, muamalat dan muasyarat ketika mencari rezeki berkenaan serta juga memelihara diri dari perkara-perkara yang diharamkan ketika keluar bekerja mencari rezeki tadi.



Syariat telah menentukan bahawa lelaki lah yang keluar mencari rezeki manakala wanita berada di rumah sesuai dengan fitrah mereka. Namun begitu bagi wanita yang ‘terpaksa’ keluar mencari rezeki bagi menampong keluarga maka syariat telah menggariskan beberapa adab agar mereka terselamat dari fitnah di luar.





(@) Kalimat ‘terpaksa’ ini boleh diketogori kepada beberapa perkara :-



a) Kerana kematian suami manakala tanggongjawab memelihara anak-anak telah terpikul pada dirinya.



b) Pendapatan suami tidak dapat menampong keluarga pada perkara-perkara asas dalam kehidupan. Bukan perbelanjaan pada perkara bermewah-mewah.



c) Bagi wanita yang belum bersuami yang terpaksa keluar bekerja bagi memelihara ibubapa yang tua serta adek-adek yang masih kecil.



d) Bagi wanita yang “Pakar” dalam sesuatu bidang yang kepakaran itu hanya ada padanya ketika itu dan di tempat itu yang tampanya tuntutan “fardhu Kifayah” tercicir maka “wajib” baginya keluar bekerja. Contoh : Doktor Pakar Sakit Puan.





Namun begitu wanita yang keluar bekerja (mencari rezeki) telah ditentukan oleh syariat beberapa adab dan syarat yg disebut oleh para ulama antaranya :-




ADAB-ADAB WANITA BEKERJA


1) Pekerjaan itu mestilah tidak bertentangan dengan syariat dari semua sudut samada maumalat mahupun muasyarat.



2) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-


      a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

     b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur  tubuhnya.

      c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

     d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.


3) Pekerjaan itu mestilah bersesuaian dengan naluri wanita dan kemampuan fizikalnya. Contoh : Tukang jahit, jururawat, doktor, pendidik dan lain-lain.



4) Tempat bekerjanya itu bebas dari fitnah pada dirinya. Bukan tempat yang membuka ruang fitnah padanya. Contoh: Pelayan Pub dan Karaoke walau pun pekerjaan itu sesuai dengan naluri wanita namun mengundang fitnah yang banyak.



5) Wanita berkenaan hendaklah menutup aurat yang sempurna ( mengikut syariat) supaya tidak mengundang fitnah



6) Para wanita diharamkan bertingkah laku shhga menimbulkan syahwat lelaki bukan muhrim.Seperti mengeluarkan suara yg menggoda @ memerdukannya @ manja
 dll..Larangannya tegas dan jelas di dalam Al-Quran: 



(QS Al-Ahzaab 32).





7) Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja juga bebas dari fitnah. Contoh : tidak menumpang kenderaan ke tempat kerja bersama lelaki yang bukan mahramnya. 



8) Tidak bergaul mesra dengan lelaki yang bukan mahram melainkan pada perkara penting urusan kerja.sebagaimana dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dgn kmpln lelaki sewaktu bekerj adalah firman Allah swt:





(al-Qasas:23-24)



9) Menjaga akhlak sepanjang pekerjaan tersebut.



10) Pakaian, wangian, dan solekan mestilah tidak menarik perhatian lelaki.. kerana tabarruj haram.

(al-Ahzab:33)

11) Mendapat izin dari suami

12) Tidak berlaku ikhtilat samada dlm perjalanan, mahupun ketika menjalankan tugasan 

13) Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan @ isteri (tugasan2 di rumah) @ seorg ibu..





14) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

15)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

16) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-
lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan 
menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum. 

*Jika syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, maka tidak harus wanita tersebut keluar bekerja. 


Rujukan:

-       Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) 
- Al-mar’ah baina al-fiqh wal-qanun (dr. Mustafa as-siba’ie)
-    Fatawa wa ahkam lil mar’ah al-muslimah (asy-syeikh ‘atiyyah soqor, ketua lajnah fatwah al-azhar)
-      Fatawa an-nisa’ (prof. dr. ali jumuah, mufti mesir)

-

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2.       Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3.       Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri

Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5.       Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.


Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.


6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.


  • 7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
  • Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

  • Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi

  •  Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan