Isnin, 17 September 2012

.: Moga Rindu Ini.. :.



TANPAMU..
Bukan mudah  hidup bersendiri..
semuanya ku jalani seorang diri..
ku gagahi..
dari bangun tidur sehinggalah tidur sendiri..
waAllahi..tidak pernah ku bayangkan begini sekali..

namun, inilah ketentuan tuhan kita..
Kau pergi atas pilihan Allah swt..
Allah memandangmu dengan kasih sayang dan rahmatNya..
Allah memilih dirimu berada di atas jalanNya..
tugas kita..
menegakkan Kalimah Lailaha illAllah, Muhammadur Rasulullah..
Allah suka, Rasul juga suka..
moga-moga Allah menerima semua mengorbananmu di atas jalanNya..





keseorangan aku juga bukan sia-sia..
kau selalu kata..
"Allah nak suruh diriku yakin pada Dia..
Dia boleh jaga diriku sepanjang kau tiada..
terus menafikan kau juga makhluk Dia..
yang tidak punya apa-apa..
 yang tidak boleh datangkan mudharat dan manfaat, melainkan Dia..




Allah suka kita begini..
berpisah-pisah kerana agamaNya..
kau selalu kata juga..
sekiranya benar niat kita..
semata-mata nak dapat 'keredhaan Allah swt'..
InsyaAllah, pasti dan pasti Allah akan satukan kita semula di dalam syurga nanti..
aku sebagai "bidadari syurga"
yang menunggu engkau sebagai panglima..
ganjaran kita yang sering terpisah-pisah di dunia ini kerana Allah swt..
InsyaAllah..



jazakallahu khairan kasiran..
sepanjang peninggalanmu..
sesungguhnya barulah  aku mengerti siapa Allah disisi kita,
siapa lebih penting dalam hidupku selain engkau..
hanyalah Allah..
kekasihNya Rasulullah..
 dan tiada tertanding apapun dengan diriNya..
dan tiada sebaik amalan seperti amalan Rasulullah..
YaAllah, aku gembira dalam tangisan..
biar tangisan ini menjadi bukti bahawa cintaku padanya hanya keranaMu..




"YaAllah, hidupkan dan matikan kami dengan hakikat iman yang sempurna,
beri kami kekuatan, bawa cara Rasulullah sepanjang hidup kami,
guna diri kami, harta kami, dan masa kami di atas jalanMu, yaAllah..
terimalah pengorbanan kami yang kecil ini yaAllah"

ameen..

-sepeninggalan 3 minggu daripada 4 bulan-
InsyaAllah


Tiada ulasan: