Isnin, 5 November 2012

.: CERITA SEDIH CERITA GEMBIRA :.

MasyaAllah..
tidak ada yang TERBAIK kecuali Allah swt..
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..

hatiku masih dirundum kesedihan dan kerisauan menanti khabar dr suami tercinta..
kali terakhirku mendengar suaranya pada raya 4 mggu lepas..
itupun dia demam sehinggakan sudah seminggu suamiku tidak bangun..
selepas itu senyap sunyi..
aku serahkan semuanya kepada Allah..
moga Allah bantu suamiku kuat semula dan boleh menjalankan 'tugas'nya disana..

jalan longlai ku menuju ke kereta..
dalam otakku ligat --final projekku blm siap lg..haiishh..
suamiku..yaAllah..

tiba-tiba cikgu Chot menjerit dr atas pejabat : "ustazah fatimah...ada surat dari India!!!"
aku menoleh cepat dan berlari pantas naik ke atas..
termengah-mengah aku..terusku capai  dengan muka yang sangat2 gembira..
*malunya kalo kene rakam tu
"syukran cikgu"..itu je yang sempat aku bgtau..
berlari lg dan terus masuk ke dalam kereta..
surat dibuka..seronok..
...............................................................sob sob...........................................................


Alhamdulillah..
semangat baru datang semula..
sebagai bekalan dan kekuatan bg meneruskan perjuangan utk 2 bulan lg..

Allah tu Maha Mengetahui..
semalam Allah bg khabar berita sedih..
dan hari ini ada sinar kembali menyeri..
Alhamdulilllah Allah..

Jazakillah abg..

Jumaat, 2 November 2012

.: BERLALU BAGAI ANGIN LALU :.

2 bulan telah berlalu..
sesungguhnya aku yakin Allah sentiasa bersamaku..
Allah jua lah yang memberi setiap inci rezekiku sepanjang ketiadaanmu..
Allah juga yang menyelesaikan semua masalahku sepanjang peninggalanmu..
Allah jualah yang sentiasa mendengari kerinduanku..
padamu..


Baru sahaja ku menerima panggilan telefonmu sepanjang 2 bulan ini..
bagai tidak percaya dan rasa mcm mimpi..
tapi ketika itu kau tidak berkata apa2, sunyi sepi..
mengapa begini??..
di kejauhan ku mendengar tangisan, aku betul-betul teruji..
yaAllah..apa terjadi??

YaAllah, 
berilah kesihatan yang baik untuk dia..
bangkitkan semangat dan kekuatan hatinya..
kembalikan dia kepada umat ini untuk agama..
ini adalah ujian semata-mata..
jangan biarkan kami mengalah dengan semuanya..
walaupun hakikatnya kami kalah, kami lemah, kami tak kuat sebenarnya.. 
balaslah apa yang kami rasa ini dengan nikmat syurga disana..
biarlah kami berpisah-pisah kerana agamaMu di dunia..
sedangkan di syurga sana kami bersenang-senang bersama..

YaAllah..
sayangi dan pelihara dia seperti mana dia menyayangi diriMu YaAllah..

ameen..